Amalan Bulan Pertama hingga ke-4
-Ayat keempat Surah Yusof
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ
Maksud ayat
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusof berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang & matahari serta bulan: aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang
Dengan Berkat ayatMu ini, bentukkanlah janin dalam kandunganku ini sempurna, sihat walafiat jasmani & rohaninya
Amalan Bulan ke-4 hingga ke-7
-Ayat 13 & 14 Surah Lukman
وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَـٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُ ۥ يَـٰبُنَىَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ۬ (١٣) وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ
Maksud Ayat
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganki, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (13) Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya: ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14)
Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang
Dengan berkat ayatMu ini, bentukanlah peribadi anak dalam kandunganku inidengan akhlak yang Kau redhoi, beriman & bertaqwa kepadaMu serta berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Amalan bulan-7 hingga melahirkan
-Ayat 78 Surah An-Nahl
وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡـًٔ۬ا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۙ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksud Ayat
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Dengan berkat ayatMu ini, permudahkanlah aku melahirkan kandunganku, dengan cepat dan selamat. Sesungguhnya Kau maha berkuasa atas sesuatu.
kan itu hari aku ade cite kat ko aku nak pos buku nie...tp cam bnyk ayat quran...nnt aku tanya ustaz opis aku, kalo pos ok tak....nama buku tuh "Indahnya Hidup Bersyariat" by Ustaz Ismail Kamus....buku nie pun aireen@kutak and aizul yg bg kat aku as a wedding gift....mmg aku berterima kasih sgt le sbb dia bg buku nie...mmg lengkap....ever since, kengkawan aku punyer wed gift semua aku bg buku nie....so sementara nak tggu bole pos ke dak, aku scan jele bg ko baca....



selain doa-doa nie, surah-surah yg digalakkan baca cam bese le...
- Surah Yassin
- Surah Maryam
- Surah Yusof
- Surah Al-Mulk
- Doa Nabi Yunus ketika terperangkap dlm mulut ikan...baca kat sini kalau nak tau lebih lanjut pasal cite tuh....
P/S: kau/ko dlm post nie ialah leha...huhu...harap maklum....
ayat quran nie semua aku amik dr Quran Explorer






4 comments:
thanx....appreciate it dear!
aku dah tanya ustaz kat opis aku....dia kt bole post buku tuh...boh "fragile" sticker....
nnt aku hanta kat ko erk.....tp kalo ko nak turun mesia pun lg baguih....
cam nice jek buku tu.. :D
bole tahan le...mmg cukup le utk Fardhu kifayah buku nie....
beli le...kalo kat Sabah/Sarawak dlm RM55 kot.....
Post a Comment