26
September 2013 (Khamis)
Start my daily routine for the last 2
weeks. Minggu ni masuk minggu kedua Mommy start keje selepas 60 hari
bermanja-manja dengan my boys. Masa mommy tengah bersiap, mommy terperasan adik
yang tengah berbaring diantara Daddy and abang Ameer tengah memandang mommy.
Ekor matanya mengekori mommy yang tengah bersiap dalam bilik dari satu sudut ke
satu sudut. Dia tenung je. Diam je, tak merengek pun. Bile mommy dah nak siap, baru
mommy dengar adik macam merengek-rengek. Nak susu la tu. Mommy pun angkat adik
dan susukan atas sofa di hall sampai adik terlelap balik. Bila mommy unlatched,
adik bukak mata tersedar, terkebil-kebil pandang mommy. Mommy senyum kat adik,
adik tenung je. Sepanjang hampir 2 minggu mommy dah start kerja setelah habis
berpantang, tak pernah sekali pun adik terjaga. Ini kali pertama adik terjaga
pagi masa mommy tengah bersiap. Maybe nak bonding or pujuk mommy kot. Sbb malam
tadi mommy merajuk dengan adik. Sebab adik taknak tido. Dok merengek-rengek.
Dah BF pun merengek. Pastu mommy marah and merajuk dengan adik. Mommy paling
membelakangi adik sampai mommy tertido. Mommy tersedar, tengok adik dah tido
sebelah mommy. Rupanya daddy cakap, bile mommy dah tertidor, adik merengek
manja, daddy masuk bilik, ambek adik dan dodoi adik sampai tertido, baru daddy
letak adik sebelah mommy. Adik kalo tido malam mmg lena. Jarang la bangun untuk
BF. Kekadang tu bgn sekalik je. Ibu-ibu lain yang dlm hari mmg selalunya tak
tido malam. Even masa mommy dalam hari dgn Abang Ameer, mommy cuma tido 4 jam
saja sehari. Siang mengantuk malam berjaga gitu le. Orang cakap siang bile baby
tido, ibu tido la supaya tak penat. Unfortunately aku ni jenis xtido siang.
Tapi dengan adik ni, memang malam tido la. Dia bgn dalam sekali je. Then memang
tido lena terus. Kalo tak kejut sampai kol 12 tengah hari pun bole. Senang je
jaga adik nie.
Masa on da way pegi nursery, jalan pegi
lift and dalam lift, adik tenung je muka mommy. Mommy akan sentiasa tersenyum
bila melontarkan pandangan kepada anak-anak. Aku dan Encik Suami dah melatih
dan membiasakan diri untuk sentiasa mengukir senyuman yang manis setiap kali
memandang anak-anak atau pun bila anak memandang kami. No matter if u’re
feeling down, angry or upset; always smile and show a sweet face to ur child.
Afterall, senyum adalah sedekah. Kita kene biasakan senyum dengan anak, sbb
bile anak pandang kita, kita senyum, dia akan tau bahawa dia pun harus sentiasa
senyum sbb dia dah biasa tgk org senyum. Parents are always the greatest
teacher to their child.
Adik dan abang Ameer dihantar di nursery
yang sama. Pagi-pagi Mommy akan hantar adik dulu ke nursery, daddy pulak akan
hantar Abang Ameer kemudian. Sbb abang Ameer bangun lambat, slalu hanta abang
Ameer still tido dan kebetulan Daddy pun masuk kerja lewat sikit dari mommy. Nursery
anak-anak ditingkat 11, manakala rumah kami di tingkat 2. Selepas hanta anak,
akan turun ke parking di level B2. Lepas drop adik, masa tgh tunggu lift, seorang lagi ibu lain
yang juga menghantar anak lelakinya yang dalam lingkungan 7 bulan sedang menunggu
lift untuk turun.
Dia tanya, “Macam mana hanta anak kat cni? Ok ke?” the way she asked seems
like she wanted me to share something. Aku menjawap dengan senyuman, “Alhamdulillah. So far OK la." Dia
bertanya lagi, “Tak risau ke? Sbb
budak-budak yang jaga." Masih tersenyum aku menjawap “InsyaAllah. Saya tawakkal dengan Allah. Biar Allah yang jaga anak
saya." Kata-kata tersebut spontan keluar dari mulut aku.
9:00am
Hari ni semua org macam tak focus buat keje, semua
pun sebuk mengemas barang and mengangkat barang. Last 2 weeks we moved from the
small office room to the temporary workstation in order for the company to
renovate the area. And now the area is ready so we have to move to our actual
workstation. By 10:30am, as usual I will go to surau to pump. It took me around ½
hour to pump both side and to get 10oz.
Pagi ni kat whatsapp group oldschool (my
schoolmate from TCS) we were talking bout kes ade budak meninggal tersedak susu
lagi kat nursery in Putrajaya. We were talking bout how would the mother feels
losing a child. I wil cry without fail when I heard or read about this thing. My
thought will be, “Ya Allah, macam mana la
perasaan mak dia. Subhanallah sedihnya mak dia. Ya Allah, janganlah Kau uji aku
sebegitu, aku tak fikir aku mampu menagnggungnya”. I will think of that
every time when I read bout kes budak meninggal tersedak susu kat nursery or
kes yg budak meninggal kene langar kereta yg abang dia bawak tu. Tak kisah la
what the reason is, tapi aku mesti menangis bile dengar cite budak meninggal. sebab aku sedih dan tak dapat bayang perasaan ibu kehilangan anak, dan kalau anak tu meninggal dengan keadaan terseksa, aku lagi sedih.
3:30pm
My 2nd session of pumping for
the day. Managed to get another 10oz from both side. Alhamdulillah, rezeki Adli
mmg sangat murah. I managed to pumped 20oz – 25oz a day, while adik only BF 10oz
- 15oz a day. Memang hajat nak fully BF adik sampai 1 tahun jugak macam abang
Ameer. My EBM is overflowing. Peti ais kat rumah mmg dah penuh, even I have tu
tumpang peti ais nursery. Mommy learn from lesson, masa abg Ameer dulu mommy
tak buat stock, so time adik ni, since 2 weeks confinement mommy dah buat
stock. itu hari ada gak bukak mudah sbb nak cari up-right freezer. dah jumpa dah, rege RM550, aku bargain dt RM500. tp seller tu nak hold dulu sbb ade org lain willing to pay RM550. so sok nak folo-up lg camne. mmg perlu freezer nie, but i prefer up-right rather than deep freezer.
Since each pumping session I took ½ hour, so ingat nak convert la aku
punya Medela Swing ni jadik double pump. Maybe I can cut the time by half. Or
can double the production. Esok nak mssg balik la org yg jual conversion Swing
to double pumping tu. Itu hari memang ade tanya-tanya kat forum and FB, tp org
Medela xgalakkan sbb takut power supply adapter tu tak le support. Nanti
meletup macam ade satu kes tu, dia convert Medela Swing dia ke double pumping,
skalik meletup adapter dia.
5:30
pm
Encik Suami called and said he’ll be back
early. Yeay!! For the 1st time after more than2 weeks of working I
don’t have to rush back after work. So, I can take my time. Kalo tak, tepat je
pukul 6:00pm, aku dah kelam kabut berkemas. Sebab nak sampai sebelum pkl 7:00
pm. Encik Suami cakap dia akan ambik dekat-dekat nak pukul 7:00pm. Dia pesan
jangan balik lambat sebab takut nanti adik nak susu.
I was planning to make the backroom as a playroom for my boys. currently bilik tu jadik 2nd guest room, wahh.. banyak betul guest room aku macam ramai sangat le org dtg pun. haha.. nanti kalo dah ade playroom for the boys, bole la dedua tu main kat ctu, menyepah macam tongkang pecah pun xpe.. then adik pun nak merangkak semua selamat dlm bilik tu. kalo kat hall ni, xde la bahaya, rp bnyk la barang, bucu, electrical appliance, plug and abang Ameer pun suka makan betabur and mainan beselerak. at least in the playroom, it's baby proof.. K Fizah macam dah interested dah nak beli katil queen tu.
6:00
pm
Dah habes waktu kerja. Memandangkan hari ni
tak payah rushing balik, so I took the time just to read newspaper. My
colleague, Kak Fidzah (a 53yo grandma, anak perempuan sulong dia sebaya aku dan
cucu sulong dia pun sebaya abang Ameer) tegur, “Eh, hari ni kamu xbalik awal ke?” “Tak. Nak relax ckit sbb pz balik
awal hari ni. Dia yang ambek budak-budak" Tak lama lepas tu ofismate
kitorng turun dengan baby baru dia. Minggu ni minggu pertama dia bekerja lepas
cuti bersalin. Dia tengah cari suami dia yang kebetulan ofis sebelah department
kitorang. So kitorang pun sembang-sembang and anak lelaki dia nak bile aku
dukung. Baik je, diam je. And anak lelaki dia tenung je aku. Tahun ni office
aku mmg murah rezeki. 10 staffs are expecting, out of that, 6 orang staff
perempuan lagi 4 tu spouse pada staff.
Then aku sambung baca paper. Tp mmg tak
focus sangat la baca paper. Aku just selak-selak je paper tu. Hari ni mmg buat
ape pun xfokus. Tapi tengah dok selak-selak tu, aku terbaca satu artikel pasal
seorang mak ni dalam pantang baru 2 minggu, tengah pangku anak dia atas riba
sbb lepas menyusu, tetiba anak dia tersedak macam susah nak nafas. Dia macam terkejut,
dia terus sedut hidung anak dia sbb dia takut anak dia memang tersedak susu.
Lepas dia sedut hidug anak dia, terkeluar seketul susu yg still fresh. Dia
terus drive bawak anak dia pegi hospital walhal dia still dalam pantang. Naseb
baek anak dia xde pape. Tapi dalam pangkuan mak sendiri pun anak tu bole
tersedak susu. Subhanallah.
6:50pm
Tengah kemas-kemas nak gerak balik rumah. Encik
Suami call.
Encik Suami : U dekat mana?
Aku : Dekat
ofis la
Encik Suami : I ade benda nak bitau u. I nak u duduk, bertenang and dengar
betul-betul ape yang I nak cakap ni.
Aku : Ape
dia? Cakap jele. (aku mula la agitate. Aku tak suka org ckp berbunga-bunga
and berlapik-lapik ni. Aku prefer orang yg straight to the point je)
Time nie tetibe kak Fizah dah ade depan
aku. Dia dah pegang beg macam nak balik.
Encik Suami : I dekat nursery nie. I nak u bertenang and denga betul-betul ape yg I
cakap.
Aku : Ape
dia? Cakap jele.
Encik Suami : I dekat nursery, Adli sesak nafas. U balik la sekarang.
Aku : Sesak
nafas? Mana u tau?
Encik Suami : Adli dah biru dah ni.
Aku : I
balik sekarang. U buat CPR tak?
Encik Suami : Ade bapak budak kat cni buat CPR.
Aku : I
balik sekarang.
I switched off my PC dan bergegas nak
balik. K Fizah ikut je aku without saying anything. I can see that she wanted
to be by my side. Her faces look concerned and blank. While we were walking out
to the lift, kak Fizah tanya, “kenapa
tu?" I replied, “Pizi call. Dia cakap
Adli sesak nafas. Tp saya rasa xde pape kot. Sbb pz ni kekadang dia mmg cepat
gelabah ckit. And he break under pressure." K Pizah cakap, “Takde pape kot.” She’s trying to console
me. Masa tunggu lift, I said to K Fidzah, “Kejap
ye kak. Saya nak pegi toilet takut nnt kalo ade pape jenuh pulak nak tahan
kencing." And K Fizah followed me from behind. Dia tunggu je kat luar
toilet. The thing is, when I received the call, mmg hati ni dah xsedap. But I
tried to ignore it. Masa lift sampai, the time is around 7:00pm sbb I can hear azan
from my hp.
7:00
pm
I drove as fast as I can. Banyak plak
kereta at that time. Then I called Encik Suami balik. He said he wanted to take
Adli to Damansara Specialist. Then I said, “Jalan
jem sekarang ni. Kalau pegi hospital mesti lambat. U bawak je dia pegi klinik
kat bawah tu. Sementara tu, u try buat CPR. Kalau bole, cube sedut hidung dia.
Mana le tau kalau ade susu tersumbat ke, bole la susu tu keluar”.
After I hanged up the hp, tetibe je semua
perasaan datang. Suddenly I felt very sad. Hati ibu, naluri ibu, hanya ibu je
tau macam mana perasaan tu. Hati ibu, sakit ke anak tu, sedih ke anak tu, lapar
ke anak tu, ibu akan tau. Hati ni dah rasa sesuatu yang tak elok, tapi mulut aku
tak berhenti-henti berdoa, Ya Allah,
jangan lah kau ambil anakku. Aku kasihkan anak ku. Aku sayangkan anakku. Aku
masih belum puas bersamanya. Aku tak sanggup Ya Allah. Aku tak mampu Ya Allah.
Air mata dah berjuraian tanpa henti. Walau hati ni berat mengatakan iye, tapi
mulut masih tidak berhenti berdoa. Ntah kenapa aku rasa jalan macam slow je,
macam lambat je nak sampai.
7:15
pm
Aku dah sampai Flora dan terus pegi Klinik
Normah kat block D. aku park je dpn rumah sampah. I saw bapak Ryyan (Ryyan
kawan Abang Ameer kat nursery since diorang ni baby lagi). Aku tanya mana? Dia
tunjuk kat dalam. Then I saw Intan (Mak Ryyan) kat tempat menunggu klinik and
Reen (the nursery owner). Reen non-stop saying “Kak, Reen mintak maaf kak. Reen sumpah xtau ape yang jadik”. Intan
peluk dan pimpin aku masuk consultation room.
When I came in the room, I saw my
precious lil baby son, Al-Adli Hariz was lying on the bed, kaku. I came toward
him, he seems like he is in a deep sleep. Dengan kepala bulat dia yang botak
coz sbb kitorang baru cukur rambut dia 3 hari lepas. I saw an oxygen tube in
his nose. The first thing that came out of my mouth was “Allahuakhbar”. I was
blur, blank, tetibe je aku letak tangan atas daddy kecik adik untuk cuba buat
CPR. Encik Suami yang dari tadi berdiri dibelakang, menarik tangan aku dan
memeluk aku. Mata dan pandangan aku masih tidak berpaling dari memandang tubuh
kecil anak kedua aku yang masih kaku tidak bergerak. Aku menhampiri tubuh
montel tersebut, lembut namanya ku panggil, “Al-Adli
Hariz sayang, ni mommy. Mommy dah sampai sayang. Bangunlah sayang. Ni mommy
sayang.” Tubuh tersebut masih kaku tidak bergerak. Aku dapat merasakan
bilik tu menjadi sayu dan aku terdengar Intan tersedu sedan. Air mata aku yang
telah kering tadi mengalir semula. Then I heard Intan said, “Sabar ye kak.” Aku pandang doktor, “Doktor tak buat CPR ke?” Doktor
menjawap, “I’m sorry. There’s nothing we
can do”
Intan datang dan beritahu ambulance dah
sampai. Aku angkat tubuh montel kecil anak ku yag kaku, aku peluk erat dan
bergegas keluar klinik. Masa menunggu
ambulance sampai atas, aku berdiri di kaki lima klinik sambil memeluk erat
Adli, kelihatan ramai sangat orang. Terpikir dibenak fikiran aku, siapa diorang
ni semua? Kenapa diorang disini? Ada diantara mereka memakai vest seolah
pegawai kerajaan. Aku masih lagi menggendung dan memeluk erat tubuh montel
Adli, sambil memeluk erat dan mencium setiap sudut mukanya aku berbisik, “Al-Adli Hariz sayang, ni mommy. Mommy dah
sampai sayang. Bangunlah sayang. Ni mommy sayang.” Berulang kali aku
membisik ayat tersebut dan memanggil Adli berkali-kali sambil memeluk erat
tubuh tembam itu, namun dia masih kaku, tiada sebarang perubahan diwajah comel
tersebut.
Semasa aku sedang masuk ambulance, aku sedar ade beberapa orang
sedang mengambil gambar dan video, flash direct ke muka aku. Masa nurse tu
ambik Adli dari pelukan aku, they seem like they knew what to do and they have
been briefed.
Dalam ambulance tu ade nurse perempuan, MA
lelaki, me and Reen. Aku tanya nurse, pegi Hospital Damansara ke? She replied
firmly, “Tak, kita bawak pegi Hospital
Sungai Buloh” “Tak jauh ke nurse?”
“Tak, kita datang dari Hospital Sungai
Buloh and kita akan bawak dia terus pegi Sugai Buloh”. MA mengepam oksigen
ke mulut adik, sementara tu nurse buat CPR. Ade satu wayar klip di ibu jari kaki
adik dan disambungkan ke satu mesin. Dekat display mesin tu tunjuk alunan naik
turun. Bacaan pulak kat bahagian atas 68 and ade gamba love macam heart tu,
bawah pulak bacaan dalam 100++. Aku xtau pun ape maksud bacaan tu and I don’t
bother to ask. I was hoping that adik will be okay walaupun hati ni kuat berbisik
yang mengatakan adik dah takde. Aku tanpa henti masih memanggil adik dengan
lembut “Al-Adli Hariz sayang, bangun lah.
Ni mommy ni. Bangun sayang mommy” sambil tangan kiri aku tak melepaskan genggaman
tangan adik dan tangan kanan mengusap-usap kaki, tangan and perut. Badan adik
masih panas, x sejuk pun. Kaki dia pun panas lagi, seperti dia memang sedang
tidur. Reen yang duduk belakang masih tidak berhenti mengucapkan “Reen mintak maaf kak.” I can see in her
eyes that she’s so afraid and nervous. I just replied, “takpe Reen”.
It was the longest ride of my life walaupun
hakikatnya perjalanan kami hanya mengambil masa 10 minit je. My heart was
beating hard and fast sepanjang perjalanan didalam ambulance. Dan sepanjang
perjalanan tu jugak la mulut aku tak lepas menyebut “Al-Adli Hariz sayang, bangun lah. Ni mommy ni. Bangun sayang mommy.”
Kenapa ada sesetengah Malaysia yang tidak bertimbang rasa. Dah dengan bunyi
ambulance, masih tak ketepi. Sampai ambulance kene honk, baru nak ketepi. Please
people, when u see or hear an ambulance, please give way. Coz you can’t ever
imagine how the people’s inside the ambulance is feeling.
7:35
pm
We finally arrived at the hospital. Bukak
je pintu ambulance, dah ade a few doctors, nurses, MA & HA. Ramailah yang
menunggu dan semua dah tau ape yang nak buat. Aku ikut sampai masuk dalam wad,
ade katil kecil memang khas untuk baby. Macam dalam operation theatre masa
bersalin hari tu. Then one of the doctor, and Indian lady doctor came to me, “Puan, puan tunggu luar dulu ye.” Dia
pimpim aku ke bilik menunggu. Dalam tu ade beberapa orang yang tengah menunggu.
Then I said to the nurse, “bole tak saya
tunggu kat luar?” “Bole Puan, boleh.” Then I just said, “duduk sini pun takpe” sambil menunjuk
kat laluan depan meja pendaftaran dalam wad kecemasan tu. “Puan tunggu saya ambilkan kerusi dan air”. I just sat there, and
the doctor was with me. Talking to me trying to distract me. Then she went in.
I saw Encik Suami dah mundar mandir kat tepi pintu beside me.
A few minutes
after that, 3 doctors came towards me, one is a chinese lady doctor, and 2
indian doctor. The Indian doctor came beside me and squad down, she held my
hand, and I grip her hand with both of my hand. I can guess what she’s trying
to say to me. I look straight in front and gripping her hand tightly. i can guest what she's going to say. then, a mother's worst nightmare, the words that no mother ever want to hear...
"Puan,
saya minta Puan bertenang. Puan, saya mintak maaf. Kami dah cuba sedaya upaya
dan bermacam cara. Anak Puan sudah tiada. Kalau kami berjaya selamatkan dia
pun, dia mungkin tidak akan membesar secara normal. Kerana jantung dia sudah
berhenti mengepam oksigen dan otak dia sudah lama tiada oksigen. Kalau dia
hidup pun, dia tidak akan hidup normal dan dia akan menghadapi kecacatan otak.” Ayat yang tiada seorang ibu pun dalam dunia ni ingin mendengar.
The moment she opened her mouth, I gripped her hand tightly, and the tears
running down my eyes. Makin lama makin mencurah-curah tanpa henti. Still, aku
masih memandang jauh ke hadapan dengan pandangan yang kosong. The thing that
has been playing in my mind and heart since the first call that I received from
En Suami at the office which I tried very hard to deny and ignore, has finally
been confirmed right infront of my face. After she finished that sentences,
only one word that came out my mouth, “Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
Allahuakhbar..” tanpa henti.
Pada masa yang sama aku nampak Encik Suami
sebelah kiri di tepi dinding, dia tersujud dan terus duduk tersandar sambil
memegang kepala. Dalam hati aku terdetik “Eh, macam drama plak laki aku ni”. Doktor
tu usap-usap belakang aku sambil bercakap, “Sabar
ya Puan.” aku terus bertanya,“Boleh saya masuk tengok dia?” “Sekejap ye Puan,” jawap doctor
tersebut. Dia berlalu masuk ke dalam bilik emergency yang hanya ditutup dengan
langsir. Dia kembali dan berkata, “Puan
boleh masuk,” sambil memimpin aku. Terpandang je tubuh kaku anakku, mulutku
terus berkata “Allahuakhbar, anak ku
Al-Adli Hariz”.. aku menatap tubuh kecil tu yang terbaring kaku diatas meja
operation. Dia kelihatan seperti sedang tidur lena seperti selalu, dengan
matanya terbuka ckit. Aku angkat, aku peluk erat. Aku bisik ketelinganya “Al-Adli Hariz sayang, baby mommy.” 3
doktor tadi berdiri dihadapan aku, Reen disebelah sudah menangis teresak-esak.
Encik Suami hanya mampu memeluk bahu ku dari belakang.
Doktor India yang agak senior mula
bertanyakan beberapa soalan.
Doctor pertama : boleh awak ceritakan macam
mana kejadian berlaku?
Doktor kedua : Puan, puan bole duduk
disana.
Aku : takpe, saya nak pegang anak saya.
Doktor kedua : takpa Puan, Puan bole duduk
disana sambil pegang anak Puan.
Aku : it’s okay. I want to stand here and
look at my baby.
Doktor Pertama : Baik, boleh ceritakan
bagaimana kejadian tadi.
Encik Suami : saya datang ambil anak saya
dalam pukul 6:50 pm. Semasa saya sampai, Reen tengah bercakap dengan seorang
lagi ibu bayi yang datang mengambil anaknya. Reen mintak pekerjanya untuk mengambil
anak saya dalam bilik depan. Pintu bilik tertutup sikit sebab MBPJ baru lepas
sembur fogging di tingkat nursery ni. Tak lama lepas tu staff Reen keluar dari
bilik dan memanggil Reen masuk bilik. Reen pun masuk, tak lama lepas tu Reen
berlari keluar sambil memangku anak saya. Dengan muka yang cemas sambil berkata
sesuatu. Tapi saya tak dengar sbb bunyi fogging yg sangat kuat. Lepas tu Reen
datang dekat ngan pintu dan baru saya denga dia cakap “Adli sesak nafas”.
Reen : masa saya masuk nak ambil dia, saya
tengok dia macam tengah tidor, bile saya angkat je dia, saya dengar dia macam
melepaska nafas “haaa…”. Saya terus angkat dan bawak keluar. Kami ingat lagi,
kami mandikan dia dalam pukul 6:30, lepas tu kami susukan dia, dan main dengan
dia. Dalam pukul 6:45 tu dia tido lepas susu.
Encik Suami : saya terus ambil anak saya
dari Reen dah baringkan dia di hall. Saya tanya ada sesiapa yang tahu CPR?
Kebetulan suami kepada ibu yg dtg tadi pun sampai. Dia cakap dia pernah belajar
CPR tetapi untuk dewasa, bukan untuk bayi. Tapi saya minta tolong jugak dia
untuk membuat CPR. Dia tanggalkan seluar anak saya sbb nak rasa nadi dicelah kangkang
baby. Dia cakap nadi ade lagi. Kemudian kami bawa anak saya ke klinik bawah
apartment kami. Mula-mula klinik tu xnak terima, tapi kami pujuk just untuk
dapatkan oksigen.
Aku : time tu baru saya sampai. Masa tu jam
dalam pukul 7:15 sbb saya ingat saya kluar dari ofis pada pukul 7:00pm. Sbb
masa saya tunggu lif, saya dengan azan dr hp saya. Tak lama lepas tu ambulance
sampai, then sampai sini dalam pukul 7:40.
Doktor Pertama : tapi tadi masa saya nak
masukkan tube dalam kerongkong dia, kerongkog tu dah keras macam dia dah lama meninggal.
Macam dah 2-3 jam meninggal.
Reen : sumpah doktor. Saya mandikan dia
pada pukul 6:30, dia ada lagi. Pekerja saya bagi dia susu, kami sempat lagi
main dengan dia.
Doktor menyarankan kami untuk melakukan
bedah siasat bagi menentukan punca dan masa sebenar kematian. Menurutnya,
keadaan Adli tidak seperti cerita dan tidak menurut timeline yang disampaikan
oleh Reen. Katanya keadaan Adli seolah-olah telah meninggal lebih lama dari
jangka masa berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Reen. Semasa bercerita
tadi pun Reen bercerita dengan agak resah gelisah dan sangat cemas, dia juga
kedengaran sangat defensive. Beberapa kali dia menceritakan situasi sambil
bersumpah. Aku memahami keadaannya, dia berasa cemas, gelisah serta amat
bersalah. Allah sahaja tau macam mana perasaan dia pada ketika itu. Jika aku
berada ditempat dia, mungkin aku juga akan begitu. Setiap soalan yang ditanya
aku jawap dan ade kala disampuk oleh Reen. Sepanjang kejadian dari setibanya
aku di klinik, didalam ambulance serta setelah tiba di hospital, aku tidak
langsung memandang Reen. Aku hanya mengangguk dan menjawap dengan perlahan
setiap apa yang dikatakan. Setelah setiap persoalan doktor aku jawap dan
disampuk beberapa kali oleh Reen, aku pun berkata. “Reen.. Reen tolong duduk luar dulu.” Aku terperasan wajah dia
berubah, dia terkejut dan tersentap mendengar permintaan aku itu. Dan aku
terasa sedikit bersalah, but I just couldn’t look at her face at the moment.
She left the room and was sitting outside.
Kami berfikir sejenak dengan saranan Doktor
tersebut. Kami bertanya bagaimana prosedur bedah siasat tersebut?
Doktor : Kami cuma akan tebuk dadanya
dengan jarum dan mengambil sampel. Kemudian kami akan megambil air tulang
belakang untuk melihat jika anak Puan ada sebarang penyakit.
Kami masih berbelah bahagi untuk melakukan
bedah siasat tersebut.
Doktor : Puan jangan risau. Prosedurnya
simple saja. Sekejap saja prosedurnya. Jika anak Puan mempunyai sebarang
penyakit, melalui ini kita akan tau apa sakitnya dan kita boleh pantau semasa
next pregnancy nanti.
Aku : will he feel the pain?
Doktor kedua : tidak Puan, dia Cuma rasa
sakit sikit je macam kene cucuk masa check-up doktor masa dia 2 bln hari tu.
Kemudian Encik Suami menelefon
officemate aku, Ustaz Jabal untuk bertanya pendapat mengenai bedah siasat
didalam perspektif Islam. Menurutnya, jika ianya keperluan, buatlah sebab tiada
larangan dalam Islam mengenai bedah siasat.
Aku letak semula Al-Adli Hariz diatas meja
operation tersebut. Ku tatap tubuh kaku tersebut dengan senyuman sambil
berbisik didalam hati “Ya Allah, inilah
anak ku. Inilah baby ku, inilah anak yang sangat ku sayang," Doktor pertama mencadangkan Encik Suami dan Reen
untuk pergi membuat laporan polis di pondok polis yang terletak diluar pintu
Wad Kecemesan.
Semasa Encik Suami dan Reen pergi membuat
laporan polis, Doktor pertama masih lagi bertanya beberapa soalan kepada aku
sambil Doktor Kedua sekadar memandang aku dengan wajah yang sayu. Doktor Cina
pulak sebok menulis setiap perincian perbualan kami. Soalan-soalan yang ditanya
lebih kepada hayat Adli dari masa dia dilahirkan. Aku menjawap sambil menatap Al-Adli Hariz yang terbaring kaku diatas
meja operation tersebut. Doktor India muda tersebut berkata, “Puan boleh dukung anak Puan dan duduk
dikerusi sana,” aku tersenyum kepadanya dan menjawap, “It’s okay. I want to stand. I want to see him like this.” Sayu
wajah doktor muda tersebut. “Takpe Puan.
Boleh duduk. Kalau berdiri nanti takut Puan pitam”. Aku jawap semula, “It’s okay. I’m okay. Saya nak berdiri dan
memandang anak saya macam ni.” sambil tersenyum menatap dan membelai
Al-Adli Hariz. Aku ceritakan kepadanya
tentang Adli yang dilahirkan awal seminggu kerana songsang. Aku juga menceritakan
yang Adli pernah ditahan wad selama seminggu ketika didalam hari kerana dia
demam and was put on antibiotic. I informed that Adli had a breast feeding
jaundice. Adli juga pernah selesema bile kami satu family terkene selesema. Aku
bertanya kepada doktor, adakah antara perkara-perkara tersebut yang menyebabkan
kematian Adli. Doktor menjawap bahawa ia langsung tiada kaitan.
Soalan kami
beralih pula kepada family background and family history both party.
Doktor Pertama : Family Puan ada apa-apa
penyakit?
Aku : Yes. My father had brain cancer and
died at the age of 49 when I was 10. My mother had breast cancer, she had to
removed her breast. The cancer then spread to her brain as well. She died 3
years ago at the age of 58.
Aku perasan, wajah dan pandangan Doktor
kedua tersebut makin sayu dan simpati setelah mendengar cerita tersebut.
Doktor Pertama : How about your husband’s
side?
Aku : His family has a history of heart
attack. His father died 1 month after my mom passed away due to heart attack.
Semasa aku dukung Al-Adli Hariz di klinik
sebelum tu, aku ade terhidu bau masam macam bau poo-poo Adli. Jadi semasa
soalan ditanya, aku tengok pampers, memang Adli poo-poo. Berkata aku dalam hati,
“Alahai, baby mommy poo-poo rupanya”
dengan perasaan yang sangat sayu tapi tersenyum. Aku tanya doktor, “I think he’s poo-poo. Is it okay if I clean
him up and change him?” doktor India kedua menjawap dengan senyum dalam
wajah yang sayu. Aku perasan poo-poo Adli masih lagi fresh. Memang poo poo tu
tak sampai sejam lagi. Aku anggarkan yang dia baru je poo poo sebelum pkl 7:00
pm tadi. Itu lagi meyakinkan aku bahawa cerita Reen adalah benar.
Sambil mencuci poo-poo Adli, I said to
myself, “Sayang mommy Al-Adli Hariz, this
is going to be the last time mommy’s gonna clean your poo-poo sayang.”
There’s no more tears coming out, sekadar senyuman yang sayu. Aku belek setiap
inci tubuh badan anak ku yang gebu tu. Xsangka, semasa lahir beratnya cuma
3.08kg je. dalam masa xsampai sebulan, dalam keadaan dia demam and on antibiotik, he gained up to 4.15kg. doctor kat hospital seremban tu pun terkejut dengan his tremendous weight gain. Semasa dia 2 bulan, beratnya telah mencecah 5.6kg. bangga aku anak aku membesar dengan hasil susu aku. aku belek
setiap inci badan gebu tersebut, tiada sebarang lebam, tiada sebarang luka,
even ruam pun tiada. “Alhamdulillah, anak
aku tak sakit,” detik hati ni.
Doktor pertama menyambung persoalan demi persoalan. The conversation relate more on the condition and the operation of the nursery. She asked about how many kids there, who are the staffs. Aku menjawap dengan jujur dan aku merasa setiap soalan yang ditanya seolah-olah dia sedang menyiasat keadaan nursery dan persoalannya berat ingin menyalahkan nursery serta membuatkan aku juga terpengaruh untuk merasa begitu. She’s trying to put a picture pieces by pieces on the cause of death Adli by leading me to believe that it was the nursery. Doktor xdapat mengesan sebarang tanda anak aku tercekik atau tersedak susu, takda tanda-tanda dia jatuh kerana tiada sebarang lebam atau darah yang mengalir keluar dari rongga. Takda juga tanda anak aku lemas. Tanda yang ada cumalah anak aku sedang tidur dengan sangat lena. Itu yang membuatkan doktor tersebut mendesak dan menggesa Encik Suami membuat laporan polis supaya bedah siasat dapat dijalankan.
Doktor pertama menyambung persoalan demi persoalan. The conversation relate more on the condition and the operation of the nursery. She asked about how many kids there, who are the staffs. Aku menjawap dengan jujur dan aku merasa setiap soalan yang ditanya seolah-olah dia sedang menyiasat keadaan nursery dan persoalannya berat ingin menyalahkan nursery serta membuatkan aku juga terpengaruh untuk merasa begitu. She’s trying to put a picture pieces by pieces on the cause of death Adli by leading me to believe that it was the nursery. Doktor xdapat mengesan sebarang tanda anak aku tercekik atau tersedak susu, takda tanda-tanda dia jatuh kerana tiada sebarang lebam atau darah yang mengalir keluar dari rongga. Takda juga tanda anak aku lemas. Tanda yang ada cumalah anak aku sedang tidur dengan sangat lena. Itu yang membuatkan doktor tersebut mendesak dan menggesa Encik Suami membuat laporan polis supaya bedah siasat dapat dijalankan.
Kemudian doktor meminta aku tunggu diluar sebentar kerana mereka ingin mengambil sampel hati. While waiting, kawan kami Ikmal dan Suzy pun sampai. Aku agak terkejut, sebab terdetik macam mana diorang tau. Diorang cakap diorang tengok FB Sha. One of our friend. Rupenya Encik Suami sempat memaklumkan kepada Sha dan meminta dia memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Dan rupanya, officemate aku semua pun dah tau melalui Ustaz Jabal. A few minutes after that, doktor memanggil aku semula kedalam. Doktor memaklumkan nanti anak aku akan dibedah siasat. Jadi doktor kata aku dibenarkan menunggu disini sementara menunggu pegawai untuk bedah siasat tiba.
Doktor-doktor tersebut telah belalu pergi.. tinggallah aku, Encik Suami, Reen dan juga Ikmal & Suzy sementara menunggu pegawai bedah siasat tiba. Untuk kesekian kali, Reen masih meminta maaf dengan aku. Kali ini aku menguatkan hati aku dan memandang kearah Reen, “Reen, saya minta maaf sebab suruh awak tunggu kat luar tadi. Saya memang tak bole nak pandang muka awak. Saya xtau kenapa. Saya tak salahkan Reen langsung atas apa yang terjadi. Tapi saya memang xboleh nak pandang Reen. Saya minta maaf ye," Reen sekali lagi meminta maaf dan menangis.
Tak lama kemudian, datang seorang lelaki bersama cot baby. Dia meminta aku meletakkan Adli didalam cot tersebut, aku minta kebenaran untuk mendukung dia sehingga ke bilik bedah siasat.
Pegawai : berapa umur bayi Puan?
Aku : Dalam 2 bulan setengah
Pegawai : Meninggal sebab ape?
Aku : Xtau ape punca.
Pegawai : meninggal kat mana?
Aku : Kat nursery, ni owner nursery tu. (sambil aku menunjukkan kearah Reen)
Pegawai : Kenapa nak bedah siasat?
Aku : Doktor yang cadangkan.
Pegawai : ooooo.. ade unsur jenayah ke?
Encik Suami : Unsur jenayah macam mana tu?
Pegawai : macam tersedak susu ke. Kene dera
ke. Jatuh ke?
Reen : Xde. Kami jaga dia elok. Takde pun
benda tu semua.
Pegawai : Doktor yang cadangkan bedah
siasat ye? Doktor cakap tak prosedur macam mana?
Aku : Ade. Doktor cakap, dia cuma akan tebuk
hati ambil sampel. Then ambek air tulang belakang. Tu je.
Pegawai tersebut tiba-tiba berhenti disatu laluan
yang agak sunyi, cuma aku, Encik Suami, Reen dan pegawai tersebut sahaja yang
berada di kawasan tersebut. Disebelah kanan kami ialah pokok2 dan 100 meter
dari kami ialah guard. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 11:00pm lebih. Terkejut juga aku kenapa pegawai ni tiba-tiba sahaja berenti.
Pegawai : Doktor cakap macam tu ke?
Aku : haah. Doktor cakap tu je.
Pegawai : Kalau takde unsur jenayah, saya
cadangkan xpayah la Puan buat bedah siasat. Saya sebenarnya yang akan buat
bedah siasat pada anak puan. Kesian, baby ni kecil lagik. Saya pun xsampai hati
nak bedah siasat dia. Biar saya ceritakan ape prosedur bedah siasat tu. Prosedur
dia sama je macam bedah siasat untuk mencari punca kematian. Puan pun pernah
tengok CSI kan? Pertama kita akan belah kepala dia dan tengok tengkorak dia.
Ada keretakan tak, kalau xde keretakan, kita akan belah tengkorak dan keluarkan
otak dia. Kita akan tengok otak tu samada ade pendarahan atau tak. Kalau xde,
kita akan masukkan otak semula dan kita akan tutup dan jahit elok2. Kemudian
kita akan belah tengkuk dia untuk tengok tekak dan saluran pernafasan dia, nak
tau samada dia tercekik ata saluran pernafasan dia tertutup dan menyebabkan dia
lemas. Kalau xde pape, kita akan tutup dan jahit semula. Kemudian kita akan
potong bentuk Y dari bahagian dada hingga ke ari-ari dia, kita akan keluarkan
satu-satu anggota badan dia, hati, jantung, paru-paru, usus dan kita akan
tengok dan cari ape punca kematian dia. Kemudian kita akan letak elok2 semuanya
ketempat asal, dan kita akan jahit dan tutup semula.
Aku : Allahuakhbar. (aku pandang Adli yang
dalam pangkuan aku. Sedih dan sayunya aku bila dengar anak aku akan
diperlakukan begitu. Luluh jiwa seorang ibu jika mendengar anaknya akan
diperlakukan macam ayam yang disiang.)
Aku penah lihat macam mana rupa kepala dan tengkorak yang dibelah, aku lihat sendiri kepala bapak aku. aku penah lihat macam mana dada yang dibelah, aku tengok sendiri mak aku punya payu dara yang dibuang. even jahitan czer kat perut aku yang dah dibelah dua kali pun aku tak sanggup nak tengok, inikan nak lihat anak yang aku lahirkan sempurna, yang keluar dari perut aku dlm keadaan yang sempurna tapi nak dibelah-belah begitu? trust me, i've seen all those scars live, not from a tv or a picture. it happened to those people that I love before.
Aku penah lihat macam mana rupa kepala dan tengkorak yang dibelah, aku lihat sendiri kepala bapak aku. aku penah lihat macam mana dada yang dibelah, aku tengok sendiri mak aku punya payu dara yang dibuang. even jahitan czer kat perut aku yang dah dibelah dua kali pun aku tak sanggup nak tengok, inikan nak lihat anak yang aku lahirkan sempurna, yang keluar dari perut aku dlm keadaan yang sempurna tapi nak dibelah-belah begitu? trust me, i've seen all those scars live, not from a tv or a picture. it happened to those people that I love before.
Encik Suami : kenapa doktor tak cakap pun
ni semua?
Pegawai : dia mana tau prosedur. Saya yg
buat, saya tau la. Jadi Puan nak teruskan?
Encik Suami : jap. Bagi kami berbincang
kejap.
Sayu sungguh hati aku mendengar penerangan
dia. Ibu mana yang sanggup anaknya diperlakukan begitu? Dan semuanya untuk ape?
Sekadar mengetahui punca kematian? Untuk ape? A closure? Aku sebagai ibu
berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak membiarkan anak aku tidak selesa,
apatah lagi merasa sakit. Inikan pula untuk membenarkan orang lain
memperlakukan begitu kepada anak aku? Hakikatnya anak kecilku, zuriat ku dan
bayi yang kukandungkan selama 9 bulan dan ku jaga dengan penuh kasih sayang ini
telah pergi meghadap Allah. Dia sudah sampai ke destinasi tujuannya. Ape pun
puncanya, biarlah ia menjadi rahsia Allah. Pada aku, bagaimana sempurnyanya aku
lahirkan Al-Adli Hariz kemuka bumi ini, tanpa sebarang luka, lebam dan
kekurangan, biarlah begitu juga rupanya dia pergi menghadap Allah. Biarlah sempurna
rupanya ketika kami dihimpunkan dan dibangkitkan semula oleh Allah. Tak sanggup
aku kenang rupa paras terakhir anak ku dengan bekas jahitan yang memenuhi
seluruh tubuhnya. Aku jaga dia dengan sempurna tanpa ada sebarang parut even
bekas gigitan nyamuk, let alone to let someone else merobek tubuh kecil itu
satu persatu. Subhanallah. Biarlah dia pergi dengan sempurna begitu. Kami suami
isteri bersetuju untuk tidak melakukan sebarang bedah sisat.
Encik Suami : Takpelah Encik, kami dah
berbincang dan kami xmau buat bedah siasat.
Pegawai : Baiklah. Nanti bila sampai kat
bilik bedah siasat, awak cakap kat pendaftar tu awak tak jadi nak buat bedah
siasat. Awak jangan cakap saya yang pengaruh atau saya yang suruh, ini memang
keputusan awak. Nanti saya pulak yang dipersalahkan.
Encik Suami : Eh, jangan risau, kami tak
cakap begitu. Memang kami bersetuju xnak buat bedah siasat.
Pegawai : tapi, semua ni terpulang pada
Inspector juga. Sebab awak dah buat report polis. Maknanya kes dah dibuka.
Polis dah assign pegawai penyiasat dan sarjan untuk kes awak ni. Kalau Inspector
dan pegawai penyiasat tu nak juga awak buat bedah siasat, awak sendiri xboleh
nak buat ape.
Terdetik dihatiku, patutlah Doktor insisted
Encik Suami untuk buat police report. Alhamdulillah, Allah maha kaya, Allah
temukan kami dengan Pegawai Bedah Siasat ni. Kalau Pegawai Bedah Siasat lain
yang datang, yang tidak menerangkan semua ni pada kami, mungkin kami dah
proceed dengan bedah siasat dan aku rasa aku telah menzalimi jasad Al-Adli
Hariz.
Setibanya kami dibilik mayat, Subhanallah, ramainya yang telah tiba. Kawan-kawan office aku, some of my school friends, our friends back in TM, my MIL and SIL. Aku sekadar memandang sambil memberikan senyuman sayu. Aku duduk disatu sudut, sambil memangku Adli. Beberapa orang yang bersalaman dengan aku tidak menyangka yang aku pangku itu adalah arwah. Semua mengatakan aku seolah-olah memangku seorang bayi yang sedang tidur kerana melihat ketenangan pada wajah arwah. Memang benar, wajah arwah seolah-olah sedang tidur dan aku melihatnya, seolah dia tersenyum. Allahuakhbar! Sebelum ni muka dia tidaklah tersenyum compare tu masa dia di Wad Kecemasan.
Tidak berapa lama, kami dipanggil masuk kedalam bilik oleh Pegawai Bedah Siasat tadi. Didalam bilik tersebut ade 3 org yang lain. Kami diminta duduk dikerusi menghadap mereka. Bilik tersebut seperti bilik discussion. Mereka memperkenalkan diri mereka, mereka adalah Inspector dan pegawai penyiasat polis dari balai polis Damansara Jaya. Inspector tersebut bertanya mengenai arwah, tarikh lahir dan dia meminta kami menceritakan punca kematian.
Inspector : Jadi awak akan buat bedah
siasat?
Encik Suami : kami suami isteri telah
berbincang dan bersetuju untuk tidak membuat bedah siasat.
Inspector : awak dah buat report dan awak
dah bukak kes tau.
Encik Suami : saya tak tau yg repot polis
yang saya buat tu adalah untuk membuat bedah siasat. Saya ingat repot tu adalah
untuk mendapat permit kubur dan untuk pengkebumian. Kami sebenarnya mmg xnak
buat bedah siasat.
Inspector : Baiklah, awak nak tutup kes ni
ke? Nak tutup polis repot ni?
Aku : Tuan, boleh saya baca polis repot ni.
(aku memang belum berkesempatan untuk
membaca polis repot tu. Bila aku baca, aku rasa sangat marah dan tak puas hati
sbb repot tu seolah-olah ingin membuat lapora tentang kecuaian nursery)
Inspector : Jika awak nak tutup kes ni,
awak kene pegi ke balai polis damansara dan memohon untuk menutup kes dan
membuat laporan baru. Dan awak ingat ya, selepas awak tutup kes ni, awak tak
boleh menyalahkan sesiapa atau awak xkan boleh menyuruh polis membuat siasat ke
atas nursery ataupun membawa kes ni ke mahkamah. Kita akan tutup kes ni dan
tiada sebarang isu akan berbangkit.
Aku : Jika, ni jika ya, lepas dah tutup
kes, kami dah kebumi, kalau kami nak buat repot pasal nursey macam mana pulak?
Inspector : kalau macam tu, awak kene pegi
balai polis, bukak kes baru. Dan untuk siasatan, kami akan gali kubur dan
keluarkan mayat untuk buat bedah siasat.
Allahuakhbar, Subhanallah. Sanggupkah aku
nak seksa anak aku sebegitu?
Encik Suami : takpelah tuan. Kami memang
telah membuat keputusan untuk tutup kes ni.
Inspector : Baiklah, awak perlu kebalai
polis damansara untuk membuat laporan polis yang baru. Kemudian awak akan
membuat permit kubur. Lepas tu awak bawa laporan polis tersebut ke hospital dan
baru pihak hospital memberikan pelepasan untuk membawa pulang mayat. Jadi kita
setuju untuk menutup kes. Pegawai saya akan mengambil beberapa gambar untuk
rekod.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar…
Allah maha pengasih, Dia temukan kami dengan Inspector ni dan memudahkan urusan
kami.
report 1st
report 2nd
Alhamdulillah kami juga diberikan sahabat-sahabat yang sudi membantu. Encik Suami pegi menyelesaikan urusan membuat repot polis baru dengan Ustaz Jabal. Sementara menunggu selesai, rakan-rakan dan saudara tidak putus-putus tiba. Alhamdulillah aku juga diberi kekuatan untuk merasa tenang dan menahan air mata. Namun air mata aku tidak juga dapat ditahan kadang kala. Setiap orang yang datang aku kenalkan dengan Reen. Aku kenalkan dia sebagai Reen, owner nursery yang jaga Adli. Tujuan aku berbuat begitu ialah supaya orang tidak menyalahkan dia, sedangkan aku sebagai ibu pun selesa ditemani dia, siapalah orang lain untuk menyalahkan dan memandang serong pada Reen. Reen yang sentiasa berasa serba salah sering bertanya pada aku, “Kak, boleh tak saya tunggu kat sini dengan akak sampai selesai?” aku jawap “Tunggulah Reen, saya tak kisah". “Takdelah kak, saya takut akak tak selesa dan tak mau saya kat sini" aku pandang dia dengan senyuman dan aku pegang bahu dia, “Reen, Reen yang jaga anak saya, Reen. Xkan saya xnak bagi Reen tunggu kat sini." Reen has become more than just a baby sitter and the owner of the nursery. We became friends and we chat when ever I have time when I picked them up since dari Ameer lagi. Reen je satu-satunya orang yang kami pernah tinggalkan Ameer semalaman masa aku masuk wad sebelum bersalinkan Adli. Ameer tak pernah ditinggalkan dengan sesiapa pun semalaman tanpa ade mommy atau daddy dia kecuali dengan nenek.
Ramai sungguh sahabat dan saudara mara yang
tiba. Pada ketika ini, air mata bukan lagilah peneman aku. Setiap ucapan
takziah aku balas dengan “InsyaAllah dan Alhamdulillah Allah berikan aku kekuatan”. Tetapi, kadangkala aku menangis
juga. Sementara menunggu laporan baru selesai, adik ipar aku Farah dan Adam
balik kerumah untuk mengemas rumah. Disusuli pula oleh bancik (Abang kedua aku)
kerana dia pun mempunyai anak kecil yang baru berusia 3 bln ketika itu. Sekali
lagi tahun ni, kami tiga beradik mendapat anak, the same thing 3 years ago. Abang
sulong aku yang membantu untuk meyelesaikan urusan dihospital. Pada ketika ini
susu aku sudah mula mengeras kerana sudah lama tidak diperah atau disusukan. Sakitnya nauzubillah, tapi sayu hati mengatasi segala.
Mujur dibilik jenazah disediakan ruang bersolat. Aku solat isyak dan kemudian duduk untuk membaca yassin sambil memangku Adli, yang lain kemudiannya turut serta untuk membaca yassin. Pada lebih kurang pukul 3:00am lebih, Encik Suami kembali bersama abang Ameer. Ameer memang berada dinursery dari tadi. Allahuakhbar, sedih dan sayunya aku melihat Ameer. Apa yang harus aku katakan kepada dia yang memang sudah petah bercakap? Dia kelihatan sangat excited, sememangnya dia adalah kanak-kanak yang sentiasa riang dan bahagia. Sebak aku melihat dia berlari kegembiraan kearah aku setibanya dia di bilik jenazah.
"Mommy, adik tido ke?" "Haah, adik tido la abang Ameer." air mata yang sudah kering, jatuh semula membasahi pipi.
Setelah mendapat surat pelepasan hospital, kami pulang kerumah bersama Adli. Tiada apa yang dapat dilakukan kerana kebanyakan Imam yang disenaraikan oleh pihak hospital sudah tidur, dan kami membuat keputusan membawa Adli pulang. Pada mulanya kami bercadangkan untuk menyelesaikannya disini, mandi dan kafankan. Tapi, tiada imam yang dapat dihubungi.
Mujur dibilik jenazah disediakan ruang bersolat. Aku solat isyak dan kemudian duduk untuk membaca yassin sambil memangku Adli, yang lain kemudiannya turut serta untuk membaca yassin. Pada lebih kurang pukul 3:00am lebih, Encik Suami kembali bersama abang Ameer. Ameer memang berada dinursery dari tadi. Allahuakhbar, sedih dan sayunya aku melihat Ameer. Apa yang harus aku katakan kepada dia yang memang sudah petah bercakap? Dia kelihatan sangat excited, sememangnya dia adalah kanak-kanak yang sentiasa riang dan bahagia. Sebak aku melihat dia berlari kegembiraan kearah aku setibanya dia di bilik jenazah.
"Mommy, adik tido ke?" "Haah, adik tido la abang Ameer." air mata yang sudah kering, jatuh semula membasahi pipi.
Setelah mendapat surat pelepasan hospital, kami pulang kerumah bersama Adli. Tiada apa yang dapat dilakukan kerana kebanyakan Imam yang disenaraikan oleh pihak hospital sudah tidur, dan kami membuat keputusan membawa Adli pulang. Pada mulanya kami bercadangkan untuk menyelesaikannya disini, mandi dan kafankan. Tapi, tiada imam yang dapat dihubungi.
Hati aku berhajat untuk kebumikan Adli di
Tanah Perkuburan Bukit Kiara, dimana Bapak dikebumikan. Ustaz Amri, salah
seorang sahabat ku mengatakan kalau penduduk Flora Damansara dikebumikan di
Kota Damansara.
Dirumah, untuk kali terakhirnya kami letakkan Adli ditengah katil dimana dia selalu tidur. Ditengah diantara mommy dan daddy. Abang Ameer yang sedari tadi gembira akhirnya tertidur disebelah adiknya untuk kali yang terakhir. Inilah pemandangan yang menenangkan dan menggembirakan aku selama ini dan semuanya akan berakhir selepas ini.
27 September 2013 (Jumaat)
Apabila azan subuh kedengaran, Encik Suami bersama Bancik pergi ke Masjid Ghufran untuk solat subuh dan memohon untuk menguruskan jenazah disitu. Kami dirumah semua bersiap sementara menunggu. Kami dimaklumkan jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Ghufran pada jam 9:30am. Beberapa jiran dan rakan datang menziarah.
Setibanya dimasjid, Subhanallah ramainya
rakan dan sanak saudara yang sudah menunggu. I can see almost all of my
office mates are here.Sambil menggendung Adli, aku berbisik kepadanya, “Al-Adli Hariz sayang, ramainya yang
sayangkan Adik. Tengok, ramai orang datang”. Aku hanya mampu menundukkan
pandangan kerana tidak sanggup untuk memandang wajah mereka yang sayu dan
kesedihan. I’m sorry for that all. Aku terus ke tempat memandikan jenazah.
Urusan tersebut dilakukan oleh seorang ustaz yang masih lagi muda. Aku
meletakkan Adli diatas tempat mandian yang dibuat dari tiles, satu persatu kain
putih yang membalutinya aku buka. Aku membelakangi orang ramai kerana aku
memang tidak sanggup melihat wajah sesiapa pada ketika ini. Semasa kami
memandikan Adli, aku perasan Abang Ameer didukung oleh ex-officemate aku,
Raihan. Leganya hati aku kerana Ameer being a sweet heart mahu kepada orang,
mahu kepada Raihan yang dia tidak pernah jumpa pun sebelum ini. Alhamdulillah,
Ameer mmg good boy. Berbagai soalan yang ditanya Abang Ameer kepada Raihan, "Kenape adik tido?" "Kenapa adik mandi kat cni?" setiap soalan tersebut dijawap oleh Raihan dalam suara yang sebak. Thanks
Raihan for that. Bergilir aku dan Encik Suami memandikan Adli. Adli juga
dimandikan oleh Neneknya. Aku menoleh dan memanggil Reen, “Reen, mandikan lah Adli untuk kali terakhir”. I don’t even know
why I did that. Semakin kuat esakan Reen semasa menyambut gayung yang aku
hulurkan. Aku dan Encik Suami memandikan Adli dengan penuh berhati-hati,
seperti dia masih lagi ade bersama kami. Yelah, pada usia 2 bulan lebih, tubuh
bayi masih belum kuat, tengkuk pun masih perlu dipangku.
Aku mengkafankan Adli sambil dibantu oleh Ustaz tersebut. Aku terperasan, Kak Fizah pun berada disebelah aku ketika itu. Sepanjang hidup aku, ini kali kedua aku memandikan dan mengkafankan jenazah. Pertama dulu ialah Mak, ketika itu air mata berjuraian hingga aku tidak dapat melihat dengan jelas. Pada masa tu aku dah 3 bulan mengandung. Siapa pernah menyangka yang kita akan memandikan dan mengkafankan emak serta anak sendiri? tak pernah pun sedetik terdetik difikiran aku yang aku akan memandikan dan mengkafankan mak sendiri, inikan pula anak kecil. Subhanallah.
Agak ramai juga yang solat jenazah bersama.
Hampir 4 baris Jemaah. Selesai solat jenazah, tibalah masa untuk menutup muka
Adli dengan kain kafan yang membalutnya. Subhanallah. Allahuakhbar, inilah
kali terakhir aku dapat menatap wajah anakku Al-Adli Hariz. Sorang-sorang
mencium wajah itu untuk kali terakhir, perasaan sebak aku tidak dapat ditahan
apabila aku melihat Abang Ameer, Abang yang sangat penyayang dan merupakan
pelindung serta peneman adik mencium adik yang disayangi dan dinantikan itu.
Memang sifatmu seperti nama mu Al-Ameer Hafiz, yang Mengetuai Melindungi
(Leader that’s protecting). He was so excited welcoming his lil brother, you
could see how happy they were when they are together. Allahuakhbar, I will
always miss those moments. Aku bole tinggalkan Abang Ameer bedua je dengan adik dan mandi, solat atau masak. Aku just cakap "Ameer, jaga adik tau. mommy nak mandi/solat/masak" "OK Mommy". kadang-kadang aku senyap-senyap menjenguk mereka, Abang Ameer akan bercakap-cakap dengan adik. dia akan tunjuk toys dia, dia akan tunjuk baju dia. dan adik akan setia melihat keletah abang dia. berpusing-pusing mata dan kepala dia melihat pergerakan abangnya. kalaupun adik menanges, Abang Ameer akan menghenjut rocker sambil memujuk "Laila haIllallah".. "Adik jangan nanges, mommy masak". kalau adik masih menanges, berlari Abang Ameer ke dapur, "Mommy, adik nanges" Punya penyabar Abang Ameer ni, kalau mommy tgh suap dia makan, then adik menanges, mommy bole suruh abang Ameer tunggu untuk pegi breastfeed adik. Dengan setianya Abang Ameer akan menunggu, tidak mengamuk, tidak menanges walaupun dia dekat meja makan sambil menghadap nasi. Subhanallah, sifatmu seperti namamu.
Setibanya ditanah perkuburan, ramai jugak sahabat-sahabat kami yang telah ada. Saudara mara juga sudah berada disitu. Tapak yang Daddy pilih untuk adik sangat strategic. Kuburnya betul-betul ditepi tangga, dibawah pokok kurma. Di tembok atas ada pokok kemboja. Ada batu besar dihujung kaki adik. Semasa pengkebumian, ramai yang dapat melihat kerana ada batu besar dibelah kaki adik dan ramai yang boleh berdiri untuk melihat, di kepala adik ade satu tingkat lagi yang memisahkan kuburan dewasa dan kuburan kanak-kanak. Ramai juga yang dapat berdiri disitu untuk melihat pengkebumian tersebut. Aku suka tanah perkuburan ini kerana tempatnya terjaga, tersusun rapi, kemas, tenang dan bersih.
Semasa Adli hendak diturunkan ke tempat tidurnya yang terakhir sebelum kami ditemukan semula, Encik Suami meminta kebenaran dari Ustaz tersebut untuk kami, Mommy Daddy dan Abang Ameer mengucup dan mengucapkan salam perpisahan kepada adik untuk kali yang terakhir. Semasa kucupan aku yang terakhir, aku membisikkan, “Al-Adli Hariz sayang mommy, pergilah sayang. Tunggu mommy disana ye sayang.” Ku tatap wajah tersebut untuk kali yang terakhir. Wajah comel yang sentiasa tersenyum riang, wajah yang sentiasa tenang dan bahagia. Sayu sungguh suasa pada ketika itu. Kebetulan pula hari tu cuaca adalah mendung, semendung hati dan perasaan kami anak beranak. Dan Encik Suami menghulurkan bayi kami kepada pegawai kubur yang sudah berada di dalam kubur untuk menyemadikan adik di dalam liang lahad tersebut. Sekali lagi tangisan aku tidak dapat dibendung ketika ku melihat tubuh kecik baby ku diturunkan kedalam liang lahad sehinggalah kubur anak ku Al-Adli Hariz dikambus.
Perasaan sangat sedih ini yang sentiasa menyelubungi ku setiap kali kubur dikambus dari ketika time bapak, mak dan juga sesiapa saja. Saat itulah penanda yang sememangnya kami telah dipisahkan, dan tiada lagi akan dapat berjumpa hinggalah tibanya akhirat. Pada saat itu, barulah aku tau bahawa anak-anak kecil yang masih belum baligh tidak akan ditalkinkan. Kerana mereka tidak akan disoal atau diadili, mereka tiada dosa dan mereka akan terus berada di syurga. Encik Suami memberi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, dia meminta supaya semua mendoakan ketabahan dan kekuatan kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan ini. Kemudian kami tiga beradik, Encik Suami dan Anjang (adik mak), dan mak anjang singgah menziarah kubur bapak.
Encik Suami told me, when he was at the Masjid menguruskan permohonan untuk menguruskan jenazah lepas subuh tadi, Doktor semalam call dan tanya kenapa kami tidak melakukan bedah siasat? Semasa dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan pun, sekali lagi tapi doktor lain pulak call dan memujuknya untuk membawa Adli ke hospital untuk bedah siasat. They just can’t accept the fact that we don’t wanna do the postmortem and let the caused of death be unknown medically.
Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah. Kami sangat berterima kasih pada semua saudara mara yang hadir, sahabat-sahabat serta rakan-rakan pejabat kami serta semua yang banyak membantu bagi memudahkan urusan ini, serta yang tak putus-putus mendoakan ketabahan serta kekuatan kami. Mungkin ada yang menganggap mustahil serta ada yang tidak boleh menerima kenyataan yang anak kami meninggal begitu sahaja tanpa mengetahui punca, tapi siapalah anda untuk bertanya dan mempertikaikan. Semua org akan mati, punca kematian itu hanyalah asbab untuk mati. For me, if his death was caused by someone and was concealed, let him/her live in guilt for the rest of her/his life. Its between him/her and Allah. Kami sebagai mommy dan daddy meredhakan permergiannya dan mengklasifikasikan kematiannya sebagai Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) or also known as a Cot Death in a Medical Term.
Wajah terkahir Al-Adli Hariz seolah-olah dia sedang tidur dan tersenyum kerana bermimpi indah, itulah wajah terakhirnya yang aku kenang sehingga bila-bila. Aku yakin semasa permergian Al-Adli Hariz, dia berasa sangat gembira. Dia didatangi oleh Izrail dalam keadaan senyum, memberi salam kepada Al-Adli Hariz, bergurau dan mengagah Adli, dan kemudian memimpinnya pergi menghadap penciptanya. Yang pasti, he’s in a better and happier place. Perginya beliau pun pada malam Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, memang kamu betul-betul ahli syurga. Ade satu ceramah Ustaz Kazim dalam rancangan Kalau Dah Jodoh, dia berkata; “Orang lain bangga anak masuk sekolah asrama penuh, masuk university, blaja oversea, kita sepatutnya lagi berbangga sebab anak kita masuk syurga.”
We never tought that we could face this, but Alhamdulillah Allah beri kami kekuatan. Sesugguhnya kekuatan kami pun datang dari Allah. Tidak pernah kami menyangka, hambaNya ini yang bukanlah orang yang alim, tidaklah begitu beramal soleh dan masih lagi tersasar kadang-kala dari landansanNya, diberi hadiah mendapat anak ahli syurga dan diberi ujian yang besar ini. Subhanallah.. sesungguhnya Allah itu memang Maha Penyayang dan Pemurah sehingga kami diberi balasan dan anugerah yang sangat besar. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memilih kami ini untuk menghadapi ujian Mu ya Allah. Alhamdulillah kerana memberi aku kesempatan mengandungkan, melahirkan serta memelihara ahli syurgaMu ya Allah.
Bila tanya Abang Ameer adik mana? “Adik pegi jumpa Allah”. “Adik buat ape?” “Adik main ball dengan kawan adik”. Sebab kami cakap adik ade ramai kawan, referring to all the kubur baby yang ade disekelilig kubur adik. Tanah Perkuburan Bukit Kiara memang asingkan kawasan bayi dan juga dewasa. “Adik nanges tak Ameer?” “Taklah. Adik gelak”. This will always make me smile. Thinking of adik and looking at his picture, will definitely make me smile and happy.
Al-Adli Hariz (Yang Adil Melindungi) sayang, berbahagialah kamu di syurga dibawah peliharaan Nabi Ibrahim. Ditemani oleh Opah dengan Tok. Tunggu Mommy, Daddy and Abang Ameer. InsyaAllah.








